Followers

Tuesday, July 19, 2011

oh dunia apa mo jd???

Mahkamah Buntu Apabila Lelaki Minta Tukar Nama Kepada Perempuan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang ke mahkamah untuk mendapatkan hak menukar namanya kepada nama seorang perempuan telah menemui jalan buntu setelah Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar kesnya turut berhadapan dengan ketidakpastian ekoran komplikasi kes berkenaan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa mengakui bahawa mahkamah sendiri berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung permintaan lelaki tersebut.
"Seandainya mahkamah memutuskan untuk memberi kebenaran kepada pemohon menukar namanya, mahkamah bimbang ia akan meninggalkan kesan besar ke atas masyarakat.
"Ini adalah satu keputusan yang sangat sukar..." kata hakim berkenaan.
Oleh yang demikian, Hakim Mohd Yazid telah menetapkan 18 Julai sebagai tarikh penghakiman kerana beliau memerlukan masa untuk menimbang hujah-hujah kesemua pihak.
Prosiding itu juga turut mengundang perhatian ramai kerana lelaki berkenaan hadir dengan memakai kebaya dan menggenakan selendang.
Pemohon, Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, telah memohon untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz.
Peguamnya, Horley Isaacs berhujah, anak guamnya itu kini berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupun khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana keadaannya itu.
Katanya lagi, anak guamnya itu juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum menjalani pertukaran jantina di Thailand tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, Pendakwa Raya Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar dalam hujahnya pula berkata, sifat semulajadi kewanitaan pemohon hanyalah bersifat luaran sedangkan sifat dalamannya tidak begitu.
Katanya, walaupun telah menjalani pembedahan menukar jantina, tidak ada laporan perubatan yang dikemukakan untuk menyokong hujah-hujah pemohon yang beliau telah menjadi seorang wanita secara semulajadi.
Ashraf yang diserbu oleh para pemberita selepas kes tersebut didengar enggan berkata apa-apa sebaliknya cuba menyembunyikan wajahnya daripada ramai dan dengan segera meninggalkan perkarangan mahkamah.

p/s : apa la nk jd ngn dunia skrg...Allah 2 dh bg jd lelaki nk jd perempuan...dh bg jd perempuan nk jd lelaki.. tp kte boley          ckp je kn..kte xtaw apa sbrnye naluri mereka mintak...jd kte yg lain nie bsyukur  dengan sgala nikmat ALLAH...xmo ckp lbey2 tkot2 mnimnulkan fitnah pula...

No comments:

Post a Comment